Bersatu yakin mampu rampas semula Sabah

Bersatu yakin mampu rampas semula Sabah

Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan akan gugur keahlian selepas perlembagaan parti itu dipinda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin akan mampu merampas semula Sabah dan kerusi-kerusi yang hilang akibat pembelotan yang berlaku pada tahun lalu.

Kini, Bersatu Sabah telah kembali mengukuhkan pimpinan di peringkat bahagian apabila 24 daripada 25 bahagian telah ditubuhkan semula dengan barisan pemimpin dan ahli jawatankuasa baharu.

Setiausaha Bersatu Sabah, Abdul Kadir Damsal berkata, kesemua bahagian itu ditubuhkan semula selepas pemimpin-pemimpin terdahulu yang diketuai bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengkhianati parti dan keluar secara beramai-ramai pada Disember tahun lalu.

 

Beliau berkata, dengan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) yang semakin meningkat selepas pilihan raya di enam negeri di Semenanjung, beliau percaya sokongan rakyat Sabah terhadap PN juga akan meningkat.

Justeru, beliau yakin, Bersatu Sabah dan rakan komponen lain dalam PN Sabah sedang bersedia untuk mengambil alih semula pemerintahan Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. 

Walaupun pada masa ini, Bersatu tidak mempunyai seorang pun Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah namun, PN Sabah melalui parti komponen lain iaitu Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pas mempunyai dua ADUN Dilantik.

Menurut beliau, selepas pengkhianatan yang berlaku pada hujung tahun lalu, Bersatu Sabah kembali mengukuhkan kedudukan di negeri ini dengan penubuhan semula barisan pimpinan di peringkat bahagian.

“Kami telah mengembalikan semula kekuatan dan kedudukan parti di peringkat cawangan dan bahagian,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Kadir berkata, satu-satunya bahagian yang tidak terjejas dengan tindakan pemimpin Bersatu keluar beramai-ramai adalah Beluran yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang kini Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah dan juga Naib Presiden Bersatu.

Kini, Ronald satu-satunya Ahli Parlimen Bersatu yang ada di Sabah selepas semua wakil rakyat Bersatu keluar parti.

Jelas beliau, sokongan terhadap PN semakin meningkat sejak PRN di enam negeri dan ia membuatkan ramai pihak dan individu ingin menyertai Bersatu. 

 

BARISAN PIMPINAN BERSATU SABAH 

Ketua Badan Pimpinan

-Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Timbalan Ketua

-Akshah Nasrah

 

Setiausaha

-Abdul Kadir Abdullah@Damsal

Bendahari

-Jonathan Lim Ting Khai

 

Ketua Penerangan

-Mohd Faizal Saidi

 

Ketua Srikandi

-Rahimah Majid

 

Ketua Armada

-Muhd. Affan Jumahat

 

Ketua Srikandi Muda

-Nabila Norsahar

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya