Bau busuk rungkai penemuan mayat lelaki diculik, dibunuh kenalan

Bau busuk rungkai penemuan mayat lelaki diculik, dibunuh kenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bau busuk dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong, di sini awal pagi kelmarin, merungkai penemuan mayat seorang lelaki tempatan dipercayai dibunuh kenalannya.

Pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan sebuah kereta dalam keadaan berkunci dan berbau seperti mayat di tepi jalan pada pukul 12.55 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 25 tahun ditemukan terbaring di tempat duduk belakang kereta.

Katanya, mayat lelaki itu dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang kereta dan bertutup dengan sehelai jaket.

“Pasukan forensik turut hadir ke tempat kejadian untuk membantu siasatan.

“Pihak polis turut menahan empat lelaki berusia 27 hingga 33 tahun bagi membantu siasatan pada 2 petang, hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati mereka mempunyai rekod lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau pegawai penyiasat iaitu Asisten Superintenden Che Rosli Che Embong di talian 016-8437878. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN