NABAWAN: Kira-kira 500 penduduk dari lapan kampung yang terputus hubungan luar akibat kejadian tanah runtuh pada awal bulan ini akhirnya menarik nafas lega apabila bantuan makanan akhirnya dapat disalurkan ke kampung mereka. Lapan kampung yang terjejas akibat tanah runtuh pada 5 September lalu adalah Kampung Kabu, Kampung Saliliran, Kampung Siatu, Kampung Simohong, Kampung Karampalon, Kampung Babayasing, Kampung Dobolon dan Kampung Sibangali. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Abdul…