Asid ‘ethanoic’ tumpah dalam makmal sekolah - Utusan Malaysia

Asid ‘ethanoic’ tumpah dalam makmal sekolah

SEBANYAK satu liter asid ‘Ethanoic’ tumpah di dalam sebuah makmal di SMK St. Mark, Butterworth, Pulau Pinang pagi tadi. - Pix: IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Sebanyak satu liter asid ‘Ethanoic’ tumpah di dalam sebuah makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Mark, di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 9.56 pagi.

“Sekumpulan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Nasir Idris bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kebocoran melibatkan satu botol asid jenis ‘Ethanoic’ dengan kuantiti satu liter telah pecah di dalam bilik makmal berkenaan.

“Tindakan anggota adalah dengan membuat pengungsian pada bangunan makmal berkenaan dan nyahcemar bahan kimia tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan mangsa mahupun kemalangan jiwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya