NEW YORK: Penyanyi, Annie Lennox memaklumkan masih ingin meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.
Justeru, penyanyi tersebut menafikan dia merancang untuk bersara dalam masa terdekat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
“Saya tidak merancang untuk bersara. Mungkin hanya perlahankan sedikit kerjaya nyanyian saya.
“Saya menghabiskan berdekad lamanya dengan konsert jelajah. Saya bertuah, pada usia 68, masih dapat sekali sekala membuat persembahan.
“Keadaan sangat menekan, lebih-lebih lagi apabila terpaksa memberi komitmen kepada 73 persembahan dari satu malam ke satu malam yang lain. Ia sangat meletihkan,” katanya lagi.
Khabar angin persaraan Lennox dari dunia nyanyian timbul apabila rakan duonya dalam kumpulan Eurythmics mengumumkan keputusan penyanyi itu untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana konsert jelajas selepas ini.