268 mangsa berlindung di empat PPS di Kedah

268 mangsa berlindung di empat PPS di Kedah

SEORANG penduduk meredah banjir yang hampir mencecah paras pinggang selepas melihat keadaan rumahnya di Kampung Paya Nongmi, Changlun di Kubang Pasu. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 268 mangsa daripada 81 buah keluarga di dua daerah ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini berikutan kediaman mereka dilanda banjir sejak kelmarin.

Kubang Pasu merekodkan mangsa tertinggi apabila 188 mangsa berada di dua PPS yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusoff berkata, seramai 80 mangsa pula berlindung di PPS Dewan Seri Bagan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman di Kota Setar.

Katanya, selain Kubang Pasu dan Kota Setar, dua lagi daerah dilaporkan mengalami banjir adalah tiga kawasan di Pendang dan empat di Kuala Muda, namun tiada PPS dibuka di kedua-dua daerah itu.

“Enam kawasan yang terjejas di Kubang Pasu antaranya Kampung Nangmah, Kampung Paya Nongmi dan Kampung Bendang Tok Leh sementara satu kawasan di Taman Sri Bagan, Kota Setar.

“Mengikut data terkini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Laka di Kampung Pasir (Kubang Pasu) yang mencatatkan 22.43 meter (m),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Muaz berkata, Sungai Anak Bukit di Kepala Batas sehingga Taman Aman (Kota Setar) pula merekodkan paras air 3.94m sementara Sungai Pendang mencatatkan 2.79m.

Tambahnya, seramai 603 anggota dan pegawai APM digerakkan sepanjang bencana dan operasi Monsun Timur Laut (MTL) beserta 13 buah lori penyelamat dan 83 buah bot penyelamat selain lapan ambulans. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya