12 individu ditahan terlibat judi ‘online’ sasar warga Bangladesh

12 individu ditahan terlibat judi ‘online’ sasar warga Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 12 lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar di Lembah Klang, dekat sini Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua ditahan melibatkan  enam lelaki warga tempatan dan enam lelaki warga asing berusia 19 tahun hingga 37 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati adanya unsur mempromosikan perjudian dalam talian dengan menggunakan laman sesawang.

“Kesemua suspek berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan, sindiket itu menyasarkan mangsa dari Bangladesh

“Turut dirampas empat buah komputer, lima komputer riba pelbagai jenama, 19 telefon bimbit, sebuah iPad, tiga keping pasport, dua modem router dan satu kad akses beserta kunci rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut” ujarnya. 

Beliau turut meminta orang ramai melaporkan pada pihak berkuasa jika terdapat sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau balai polis berhampiran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN