Wanita pukul bekas suami tuntut hutang RM87,000

Wanita pukul bekas suami tuntut hutang RM87,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara mahu menuntut hutang RM87,000 daripada bekas suami, seorang wanita sanggup bertindak memukul lelaki itu sebelum dia ditahan polis semalam.

Dalam kejadian pukul 6.55 petang itu, lelaki berusia 28 tahun itu sedang mengemas rumah sewanya di Bukit Indah, Ampang sebelum didatangi bekas isterinya berusia 38 tahun memarahinya berkaitan hutang yang belum dibayar.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, suspek kemudian menumbuk bibir mangsa dan mengetuk kepalanya dengan hulu pengikis simen serta tendang di bahagian perut.

Susulan itu, suspek yang bekerja sebagai akautan di Ampang ditahan polis kira-kira pukul 9.45 malam.

“Suspek dan mangsa baru bercerai pada 11 Julai lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun tujuh bulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN