Wanita dipukul, dirogol lelaki baru dikenali

Wanita dipukul, dirogol lelaki baru dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dipercayai dirogol lelaki yang baru dikenalinya dalam kejadian di Pandan Indah, Ampang Jaya di sini pada Isnin lalu. 

Mangsa berusia 34 tahun itu dikatakan berkenalan dengan suspek di perhentian bas di Pandan Kapital di sini, kemudian diajak lelaki tersebut ke sebuah rumah untuk menagih dadah. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, ketika di lokasi kejadian, suspek memukul pengadu di bahagian badan kepala dan muka sebelum merogol mangsa sambil disaksikan seorang wanita yang disyaki teman wanitanya.

Susulan itu, katanya, pihaknya telah membuat tangkapan terhadap kedua-dua suspek berusia 41 tahun dan 39 tahun di sebuah bilik hotel di Batu Caves di sini kira-kira pukul 6.20 petang, semalam. 

“Pemeriksaan mendapati suspek pertama mempunyai 29 rekod lampau jenayah dan dadah manakala suspek kedua terdapat sembilan rekod lampau dadah. 

“Ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek didapati positif jenis Methamphetamin dan Amphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, suspek pertama ditahan reman  tujuh hari bermula hari ini manakala suspek kedua pula selama empat hari sehingga Isnin depan. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak lebih dari lima tahun dan tidak kurang dari 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan jalan menggunakan senjata.Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya