BACHOK: Unjam buluh menjadi penyelamat tiga nelayan termasuk dua beranak selepas bot yang dinaiki mereka kehabisan minyak sebelum dipukul angin kuat dan kemudian hanyut sehingga memasuki perairan Thailand semalam. Mangsa Rohaimi Ahmad, 47, berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika dia bersama anak lelakinya, Nik Mohd. Syafiq Abdul Hafiz, 21, dan rakan, Amir Zulfikar Che Will, 29, sedang memukat ikan sebelum bot yang dinaiki mereka kehabisan minyak. Menurutnya,…










