UMNO akan perbetulkan kelemahan, raih semula sokongan rakyat - Utusan Malaysia

UMNO akan perbetulkan kelemahan, raih semula sokongan rakyat

ROZABIL ABD. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: UMNO akan memperbetulkan kelemahan parti itu bagi meraih semula sokongan rakyat setelah mengenal pasti punca kekalahan mereka di kebanyakan kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Bagi tujuan itu, UMNO akan memperkuatkan lagi gerakan khususnya dalam mendekati anak-anak muda menerusi siri-siri program yang akan dilaksanakan selepas ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, media sosial antaranya merupakan salah satu medium yang digunakan bagi memperkuatkan semula parti berkenaan menerusi perancangan yang akan dilaksanakan.

“Saya percaya Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mempunyai program yang spesifik bagi memperhebatkan lagi sentuhan buat anak-anak muda untuk kembali kepada parti ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Santuni Merdeka 2023 Parlimen Arau di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Arau, Kampung Che Ok, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal dihadapi tidak lama lagi, Rozabil berkata, beliau merasakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dapat meraih kemenangan serta sokongan padu daripada rakyat.

“Keputusan PRN baru-baru ini pun bukannya di luar jangkaan kerana kita masih menang tiga daripada enam negeri yang bertanding,” katanya.

Bersempena bulan kemerdekaan ini, Rozabil berkata, semua parti politik di negara ini seharusnya mengurangkan fitnah dan membangkitkan perkara yang boleh memecah-belahkan kaum.

Tambahnya, perpaduan antara kaum perlu terus dipelihara dan setiap pihak perlu berpegang kepada prinsip bagi mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi ini.

“Jangan politikkan semua perkara antaranya seperti isu slogan merdeka sebelum ini yang hanya dibangkitkan demi kepentingan tertentu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya