Tiga kanak-kanak nyaris terperangkap dalam kebakaran

Tiga kanak-kanak nyaris terperangkap dalam kebakaran

Anggota bomba memadam kebakaran di sebuah kediaman yang diduduki lima sekeluarga di Bandar Selesa Jaya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lima sekeluarga terselamat selepas berjaya melarikan diri daripada kediaman mereka di Sri Awana Townhouse Apartment, Jalan Silat Lincah, Bandar Selesa Jaya, di sini yang terbakar petang kelmarin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 3.37 petang.

Sehubungan itu katanya, seramai 15 pegawai dan anggota beserta tiga jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi, didapati kebakaran itu melibatkan sebuah bilik di tingkat tiga yang musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran.

“Ketika kejadian, difahamkan ibu bapa kepada tiga kanak-kanak yang berusia 3, 6 dan 8 tahun tiada di rumah kerana bapa mereka keluar bekerja manakala ibunya ke kedai membeli barang.

“Apabila dimaklumkan jiran kediaman mereka terbakar, pasangan suami isteri itu bergegas pulang dan berjaya menyelamatkan anak-anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya