SIK: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor jauh meninggalkan lawannya, Datuk Muhamad Khizri Abu Kasim daripada Barisan Nasional (BN) setakat pukul 8.15 malam.
Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu mendapat 6,104 undi setakat ini berbanding Muhamad Khizri 1,948 undi. –UTUSAN