‘Tiada istilah bunuh kerjaya politik saya’ - Utusan Malaysia

‘Tiada istilah bunuh kerjaya politik saya’

JOHAN ABD. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA SOALAN?

MUKADIMAH
DATUK JOHAN ABD. AZIZ pernah menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selama dua penggal, sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 2018. Sepanjang tempoh itu, pasti beliau amat dikenali rakyat. Bagaimanapun, beliau bertanding di kerusi milik DAP di DUN Dusun Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. Meskipun tiada lagi pertikaian kerana bertanding di sana, masih ada cakap-cakap keputusan itu seperti ‘membunuh’ kerjaya politiknya sendiri. Benarkah? Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN bertemu Johan menjelaskan hal itu.

Datuk lebih dikenali di DUN Semenyih. Bertanding di DUN Dusun Tua seperti ‘membunuh’ karier politik Datuk. Benarkah?
Tidak benar. Tiada istilah mahu bunuh-membunuh pun dalam perjalanan politik saya. Benar saya pernah mewakili rakyat Semenyih, namun tidak semestinya saya harus kekal berada di sana. Politik adalah dinamik dan sukar dijangka. Namun, atas kepercayaan partilah mewajarkan saya menjadi bakal wakil rakyat di kawasan lain dan Dusun Tua, menjadi sasaran terbaik meskipun pernah menjadi milik DAP.

Pertikaian kerusi dengan PH sudah selesai?
Isu ini telah selesai. Kesemua parti politik kerajaan telah pun bersepakat meletakkan calon BN di sini. Sama ada rakyat masih tidak terima, atau ini kawasan siapa, ia sudah selesai. Jadi, saya tidak kesah tentang penerimaan atau sebaliknya. Kita berlawan ini kena ada strategi juga.

Bagaimana dengan sikap pengundi di Dusun Tua?
Saya sudah mendekati rakyat di beberapa kawasan kampung, alhamdulillah, setakat ini maklum balas amat positif. Memasuki pusingan kedua kempen, kerja-kerja turun padang mendekati rakyat dan menge­tahui keperluan mereka masih diteruskan.

Apa tawaran Datuk kali ini?
Saya mahu atasi masalah banjir kilat. Kita tidak mahu lagi mengalami kejadian yang berlaku pada 2021, yang amat menakutkan penduduk di sini. Selain itu, saya mahu menyelesaikan kesesakan lalu lintas dan pencemaran khususnya sampah sarap di kawasan-kawasan kampung. Ini sahaja fokus saya dahulu, manakala isu ekonomi kita selaraskan dengan Kerajaan Persekutuan.

Datuk menganggap Dusun Tua amat istimewa, mengapa?
Dusun Tua ini banyak pelancong dari dalam dan luar negara, dan kita ada kawasan-kawasan peranginan termasuk air terjun. Impian saya mahu menjadikan kawasan ini sebagai hab pelancongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN