The 1975 berdepan tuntutan ganti rugi RM12 juta

The 1975 berdepan tuntutan ganti rugi RM12 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjur Good Vibes Festival, Future Sound Asia (FSA) mengeluarkan notis tuntutan bayaran ganti rugi terhadap The 1975 gara-gara kontroversi membabitkan kumpulan tersebut baru-baru ini.

Memetik sebuah portal berita tempatan, peguam mewakili syarikat tersebut, David Mathew dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerusi saman berkenaan menuntut bayaran RM12.3 juta gara-gara pembatalan festival muzik terbabit.

Kumpulan berkenaan dikehendaki memberi maklum balas terhadap notis bertarikh 7 Ogos 2023 itu atau melunaskan bayaran itu dalam tempoh tujuh hari.

“FSA, dalam notis tersebut menuntut agar The 1975 bertanggungjawab dan melangsaikan bayaran ganti rugi berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

“Notis tuntutan berkenaan dikeluarkan berdasarkan peruntukan di bawah undang-undang sivil United Kingdom,” tulisnya.

The 1975 bulan lalu, mencipta kontroversi gara-gara tindakan vokalisnya, Mat Healy mengucup gitarisnya dan mengutuk kerajaan Malaysia berkaitan isu Lesbian, Gay, Bisexual, Transesxual, Queer (LGBTQ) ketika membuat persembahan sempena festival tersebut.

Tindakan dangkal vokalis kumpulan tersebut mencetuskan kemarahan masyarakat negara ini sekali gus menjadi perdebatan masyarakat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya