Tanggungjawab rakyat untuk lihat Kedah maju atau riuh ibarat tin kosong

Tanggungjawab rakyat untuk lihat Kedah maju atau riuh ibarat tin kosong

ANWAR Ibrahim (dua kanan) bersama calon BN dan PH bagi DUN Gurun, Guar Chempedak dan Sungai Limau yang bertanding pada PRN Kedah ketika Jelajah Perpaduan Madani di Gurun, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN: Pengundi di Kedah memiliki tanggungjawab sama ada untuk melihat negeri ini maju atau sekadar riuh ibarat tin kosong ketika membuat pilihan pada hari pengundian pilihan raya negeri (PRN), esok. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengundi juga perlu membuat pilihan sama ada mahukan kerajaan yang terbukti membela nasib rakyat termasuk petani dan nelayan atau hanya mahu menaikkan pihak yang sering bergaduh dengan kepimpinan negara. 

“Pertamanya kita perlu tanya, nak kerajaan yang macam mana dan buat apa? Nak yang berkeriau, bergaduh dengan Kerajaan Persekutuan? Tak boleh begitu kerana kalau nak pelaburan, naik gaji dan beri manfaat kepada penanam padi serta pekerja, semua itu kena baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kalau saya ini curi duit orang, zalim atau hina orang tak apalah nak bergaduh tetapi dalam keadaan ini, kenapa nak bergaduh? Jadi pilihlah calon Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) dan pastikan mereka menang di Kedah,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Gurun, sebentar tadi.

Perdana Menteri menegaskan, kedatangannya ke Kedah hari ini bukanlah untuk berlawan maki hamun atau bergaduh dengan mana-mana pihak. 

“Saya bukan nak lawan maki, lawan mencarut atau lawan bodohkan orang. Itu kerja mereka sebaliknya saya datang ke sini untuk beritahu bahawa Kerajaan Perpaduan ada tekad untuk membantu rakyat,” katanya. 

Mengulas lanjut Anwar berkata, terlalu banyak perkara yang dilaksanakan dalam tempoh lapan bulan kerajaan Perpaduan memerintah berbanding ketika hampir tiga tahun negara ini berada di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).  

Antara yang dilaksanakan termasuklah kenaikan harga lantai getah, subsidi padi serta peruntukan berjumlah RM200 juta untuk menaik taraf serta membaiki rumah-rumah polis serta tentera. 

“Saya nak tanya Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), masa jadi kerajaan buat tak? Gebang sungguh. 

“Kita masa ada kuasa buatlah dan jangan dok kira sakau. Ini projek bagi anak, anak saudara, menantu dan bila siasat menantu hilang. Balik sini bersorak hidup Melayu dan yang dengar pula sahut dengan ‘Allahuakbar’. Ini curi duit rakyat apa dia?,” soalnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya