Suami bakar isteri akibat selisih faham - Utusan Malaysia

Suami bakar isteri akibat selisih faham

MOHD. ASRI Shafie menunjukkan gambar mangsa yang disimbah minyak petrol dan dibakar suami sendiri yang kini dirawat di hospital dalam kejadian di Tasek Gelugor, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Akibat perselisihan faham keluarga, seorang pekerja ladang berusia 36 tahun bertindak membakar isterinya menggunakan minyak petrol di kawasan perumahan ladang kelapa sawit, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 35 tahun melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 10.45 malam.

Katanya, hasil siasatan mendapati, pasangan suami isteri itu tinggal di kediaman yang disediakan untuk pekerja di ladang berkenaan.

“Menurut anak lelaki mangsa, dia dan adik-adiknya ada terdengar pergaduhan di luar bilik mereka.

“Anak lelaki mangsa mahu keluar dari bilik tetapi pintu telah ditolak dari luar, dan selepas berjaya keluar dia melihat ibunya berada di belakang rumah dalam keadaan badan terbakar.

“Suspek cuba padamkan api dengan kain tetapi api semakin marak menyebabkan suspek panik dan melarikan diri di kawasan ladang kelapa sawit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan polis sedang giat mengesan suami wanita itu dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Hasil siasatan lanjut, ini merupakan kejadian kedua berlaku dan suspek turut mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya