PETALING JAYA: Lama memendam kecewa, pelakon, Sharifah Sakinah akhirnya membuka mulut berhubung status persahabatannya dengan pelakon, Nad Zainal.
Pelakon berusia 34 tahun itu, menerusi luahan di Instagram bagai memberi bayangan hubungan persahabatannya dengan pelakon yang mesra disapa Nad itu, berakhir.
“Dah boleh delete kut post ini. Saya jumpa awak di alam lain, di situ tiada radar.
“Jujur dari hati, berpijaklah di bumi nyata.
“Fikiran narsistik, kepura-puraan dan penafian akan tertulis menjadi takdirmu,” tulisnya.
Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis itu menimbulkan teka teki selepas saling unfollow Instagram beberapa rakan rapatnya, termasuk Sharifah, Nabila Huda, Sherry Alhadad dan Marsha Milan Londoh.
Nabila pada semalam mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak mengenali pelakon tersebut ketika ditanya wartawan tentang Nad.
“Dia pelakon ke? Saya tak pernah kenal dia,” katanya sinis.
Khabar angin hubungan dingin antara Nad dengan beberapa rakan artis bertebaran selepas pelakon tersebut pulih daripada pendarahan paru-paru dialaminya.