Sejumlah 7,843 dengan lebih RM2.5 juta nilai kompaun kesalahan kesihatan awam

Sejumlah 7,843 dengan lebih RM2.5 juta nilai kompaun kesalahan kesihatan awam

KKM mengeluarkan 9,837 notis kesalahan berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 7,843 kompaun dikeluarkan dengan nilai lebih RM2.5 juta dikenakan atas tindakan penguatkuasaan Kementerian Kesihatan berkaitan kesalahan melibatkan undan-undang kesihatan awam sepanjang tempoh bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,644 tawaran kompaun bernilai RM1,322,000 dikeluarkan berhubung Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi.

Menurut beliau, sejumlah 249 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 36 kes disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM171,000.

“Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, daripada 21,429 premis yang dilawati, sejumlah 9,837 notis kesalahan dikeluarkan.

“Sebanyak 5,199 kompaun ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM1,253,150,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 6,832 premis makanan diperiksa.

Katanya, sebanyak 226 premis makanan diberi perintah penutupan sementara di bawah Sek. 11, Akta Makanan 1983 3.31 peratu daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.

“Tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir diambil KKM. Justeru, Orang ramai serta semua pihak diminta menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya