Roti canai 50 sen menu pilihan musim PRN

Roti canai 50 sen menu pilihan musim PRN

MD. KAMIL Abdullah menebar roti canai 50 sen di Jalan Jeram Pasu, Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang bekas tentera tidak menang tangan apabila jualan roti canainya yang berharga 50 sen sekeping mencecah sehingga 2,000 keping sehari selepas proses penamaan calon pada 29 Julai lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Md. Kamil Abdullah, 68, berkata, peningkatan itu susulan roti canai tersebut dijadikan sebagai makanan untuk petugas dan jentera parti.

“Sambutan ini mungkin kerana roti canai saya paling murah dan saiznya tetap sama seperti dahulu. Saya mengekalkan harga lama atas dasar berniaga sambil bersedekah selain berkongsi rezeki.

“Walaupun berdepan kenaikan harga gandum dan mentega sejak kebelakangan ini, saya masih mampu bertahan,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Padang Pak Amat, Jalan Jeram Pasu, di sini semalam.

Md. Kamil berkata, dia turut mendapat bantuan daripada anak dan isteri dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Katanya, warungnya beroperasi bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Selasa.

“Selain itu, saya turut menjual murtabak pada harga RM3 sekeping,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN