PADANG TERAP: Kerajaan negeri Kedah atau Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor perlu membuat penjelasan berhubung surat izin yang dikeluarkan pada 15 Mei lalu kepada sebuah syarikat untuk memasuki Kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengeluaran surat itu melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menimbulkan persoalan kerana ia diberikan kepada syarikat yang telah dikompaun akibat kesalahan mencuri…










