Promosi kesaksamaan untuk orang pekak

Promosi kesaksamaan untuk orang pekak

FATIMAH (kiri) diberikan pengalaman merasai penggunaan bahasa isyarat selepas merasmikan Premis Bahasa Isyarat Starbucks, di VivaCity yang merupakan premis ke-3 Malaysia dan pertama di Sarawak dalam usaha memutuskan halangan komunikasi bersama golongan orang pekak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerjasama yang terjalin di antara Starbucks Malaysia dan Persatuan Orang-orang pekak Sarawak (SSD) mempromosikan kesaksamaan dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Persatuan Orang Pekak Sarawak memainkan peranan penting dalam menghubungkan kekurangan individu pekak pendengaran. 

“Golongan ini (individu kekurangan pendengaran) ini adalah sebagai minoriti dalam masyarakat, dan menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan mereka yang mungkin disebabkan oleh halangan komunikasi dan perbezaan budaya.  

“Justeru, kerajaan Sarawak berbesar hati melihat kerjasama yang menggalakkan keterangkuman dan kesedaran terhadap masyarakat pekak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Premis Bahasa Isyarat Starbucks, di VivaCity di sini. 

Menjelas lanjut, Fatimah berkata pemerkasaan komuniti memegang kepentingan penting dalam komuniti setempat. 

Selain daripada bantuan biasa kerajaan yang diberikan kepada orang kurang upaya (OKU), katanya kementeriannya juga mengharapkan sumbangan daripada masyarakat setempat seperti penglibatan NGO untuk meningkatkan lagi sokongan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya.

Sehubungan itu, beliau berharap perniagaan lain di Malaysia mengikut jejak Starbucks Malaysia dalam melibatkan diri dengan komuniti yang berbeza untuk mewujudkan tenaga kerja yang lebih inklusif.

“Inisiatif yang dijalankan oleh Starbucks Malaysia ini yang menjangkau lebih daripada sekadar menawarkan peluang pekerjaan kepada komuniti pekak.  

“Usaha mereka juga termasuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan mendidik orang ramai tentang komunikasi berkesan dengan orang pekak melalui bengkel bahasa Isyarat yang difasilitasi oleh SSD,” jelasnya lagi. 

Usaha Starbucks Malaysia bekerjasama dengan SSD menjadikan Starbucks Signing Store Kuching, merupakan yang pertama di Borneo, ketiga di Malaysia dan ke-20 di dunia.  

“Saya berharap usaha untuk menggalakkan keterangkuman dan kesedaran ini akan diteruskan dan semua pihak berganding bahu melaksanakan inisiatif tersebut.  

“Dedikasi anda menjadi inspirasi kepada kami semua dan saya berharap dapat menyaksikan pertumbuhan berterusan usaha bermakna anda,” tambah Fatimah. 

Sementara itu, kata Fatimah, di bawah KWPK, pihaknya mengambil beberapa langkah untuk mendidik masyarakat berhubung bahasa isyarat serta pelbagai perkara melibatkan komuniti pekak.

Sebagai contoh katanya, KWPK mula memasukkan bahasa isyarat sebagai mata pelajaran di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) SeDidik di Sarawak. -UTUSAN

190823-swk-fatimahDeaf-1: FATIMAH (kiri) diberikan pengalaman merasai penggunaan bahasa isyarat selepas merasmikan Premis Bahasa Isyarat Starbucks, di VivaCity yang merupakan premis ke-3 Malaysia dan pertama di Sarawak dalam usaha memutuskan halangan komunikasi bersama golongan orang pekak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN