Polis Pulau Pinang lulus 1,131 permit ceramah PRN

Polis Pulau Pinang lulus 1,131 permit ceramah PRN, tiada permohonan ditolak

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang meluluskan sebanyak 1,131 permit ceramah sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 29 Julai lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sepanjang tempoh berkenaan juga tidak ada permohonan permit ceramah ditolak oleh pihak polis.

Katanya, tempoh berkempen masih berbaki empat hari lagi dan pihak polis sekali lagi menasihatkan semua pihak tidak memainkan isu 3R iaitu melibatkan agama, kaum dan raja serta tidak menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak semasa berkempen.

”Orang ramai terutama penyokong parti juga di beri amaran agar tidak melakukan khianat atau merosakkan bahan-bahan kempen pilihan raya seperti ‘banner”, bendera parti, poster dan sebagainya.

”Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan atau undang-undang ditetapkan tanpa mengiras status mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, sebanyak 12 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan pilihan raya telah dibuka bermula 29 Julai hingga semalam.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes melibatkan kes khianat iaitu merosakkan poster, bendera dan ‘banner’ parti politik dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Dua kertas siasatan dibuka melibatkan kes berkaitan fitnah termasuk yang terbaharu membabitkan fitnah dengan niat memanipulasikan calon parti yang bertanding pada PRN Pulau Pinang menerusi media sosial TikTok.

”Kedua-dua kes di siasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998,” katanya.

Tambahnya, selain itu, satu kertas siasatan turut dibuka melibatkan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Satu kertas siasatan lagi melibatkan kes curi kerana kehilangan bendera dan “banner’ pilihan raya oleh sebuah parti politik yang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu curi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya