PRN: Pilih yang mampu tadbir, bukan populis

PRN: Pilih yang mampu tadbir, bukan populis

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa rakyat Kedah untuk memilih pemimpin negeri yang mampu menguruskan negeri dengan efektif daripada memilih berdasarkan populariti.

Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata, keperluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang mampu menguruskan pembangunan ekonomi negeri dengan baik amat penting.

“Di Kedah terdapat majoriti Melayu, tetapi terdapat juga komuniti Cina, India, dan Siam, mereka semua memerlukan ekonomi yang kukuh. Sebab itu kita kena fikir bahawa pemerintahan negeri ini bukan untuk watak populis atau sekadar mahu popular. 

“Kita nak jadi kerajaan, tak penting popular kerana apa yang penting boleh menguruskan negeri ini dan bagaimana mengurus untuk rakyat dapat ekonomi yang baik,” katanya pada Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional, di sini semalam.

Mahdzir juga menekankan bahawa kemajuan negeri amat bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, pertikaian yang kerap berlaku dengan pemimpin di peringkat Persekutuan akan menghalang sebarang kemajuan dalam projek pembangunan demi kepentingan rakyat.

“Kalau selalu cari masalah, bergaduh hari-hari, fitnah hari-hari, marah hari-hari, siapa mahu tolong kita? Pada penghujungnya (pemimpin negeri) bawa surat, sampai duduk bersama Perdana Menteri, minta juga sama beliau. Tapi macam mana nak bagi kalau hari-hari orang yang kamu maki ini adalah Perdana Menteri,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahdzir menegaskan bahawa Menteri Besar yang dipilih harus memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat. 

“Orang nak makan, bayar bil elektrik, bayar rumah, bayar kereta, beli susu untuk anak-anak. Itulah perkara yang paling penting, tak perlu bincang perkara lain sebagai Menteri Besar, tak perlu nak cari gaduh,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya