PRN: Henti konvoi, kempen selepas pukul 12 tengah malam ini - Utusan Malaysia

PRN: Henti konvoi, kempen selepas pukul 12 tengah malam ini

TAN Cheng San (kiri) dalam sidang akhbar di IPD SPT, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Polis memberi amaran kepada semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) di sini, supaya menamatkan sebarang bentuk dan aktiviti kempen termasuk konvoi selepas jam 12 tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ditetapkan.

Katanya, arahan itu turut meliputi mana-individu atau secara berkumpulan yang terlibat dalam aktiviti berceramah, kempen atau berkonvoi kenderaan dengan bendera parti bertanding.

“Jangan adakan konvoi mulai tengah malam ini sehinggalah keputusan pengiraan undi diumumkan malam esok.

“Polis akan ambil tindakan sekiranya ada konvoi terutamanya geng motosikal yang membawa bendera besar, tidak mematuhi lampu isyarat sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Selepas tengah malam ini, jika ada yang ingkar, kita akan ambil tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 yang akan dikuatkuasakan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) (SPT), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau juga yakin para penyokong parti politik akan menghormati nasihat dan mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan polis sepanjang proses mengundi bermula pukul 8 pagi esok sehingga keputusan PRN diumumkan pada malam nanti.

“Polis tak kisah kalau konvoi ikut peraturan, tetapi kalau melanggar peraturan, kita akan ambil tindakan.

“Sehari dua lalu, saya sendiri lihat ada konvoi motosikal beramai-ramai membawa bendera gergasi parti bertanding, siap pasang belakang badan mereka dan membawa kenderaan sambil membunyikan hon.

“Tindakan ini bukan sahaja membahayakan mereka, malah mengganggu pengguna jalan raya lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya