PRN: BN-PH mampu menang majoriti besar di Selangor - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

PRN: BN-PH mampu menang majoriti besar di Selangor – Ahmad Zahid

BN-PH
AHMAD Zahid Hamidi beramah mesra dengan peniaga pasar malam di Pekan Ijok, Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dengan majoriti lebih besar pada 12 Ogos ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau turut yakin bahawa Kerajaan Perpaduan di negeri akan terus dipertahankan.

Jelas Timbalan Perdana Menteri itu, bantuan dan kerjasama daripada BN semestinya membantu PH kekal mentadbir Selangor.

“Saya jangka kita bukan sekadar mempertahankan kerusi namun mampu melebihi daripada kedudukan kerajaan Selangor terdahulu.

“Semua calon dipertaruhkan BN juga diharap membantu menyumbang pembentukan semula kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni rakyat di pasar malam Pekan Ijok, semalam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH memenangi 40 kerusi iaitu 19 daripada PKR, DAP (15) dan Amanah (6).

Manakala, lima kerusi dimenangi BN, Bersatu (4) Parti Bangsa Malaysia (PBM) (2) dan manakala masing-masing satu daripada Pas, Pejuang, Warisan dan seorang wakil rakyat Bebas.

Tambah Ahmad Zahid, kuasa mengundi bagaimanapun diserahkan kepada rakyat dan beliau mengingatkan jangan sesekali menafikan hukum Allah.

“Saya menasihatkan penyokong supaya tidak mendengar fitnah atau membuat perbandingan isu-isu tidak munasabah. Apa yang penting adalah kestabilan di Selangor dan akan kekal sebagai sebuah negeri perindustrian berteknologi tertinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya