Politik cerca-mencerca bertentangan seruan dakwah

Politik cerca-mencerca bertentangan seruan dakwah

ANWAR Ibrahim berucap pada sesi Taaruf Perpaduan di Jitra, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang menggunakan nama Islam tetapi sering mencaci serta mencerca orang lain di pentas politik. 

Menurut beliau, keadaan itu sama sekali bertentangan dengan seruan dakwah yang perlu dilakukan secara hikmah dan baik, tanpa perlu mencerca antara satu sama lain. 

“Tadi saya ke Jeneri dan sambutan ribuan yang hadir. Hari-hari saya kena maki dan ditaji tetapi tadi saya langsung tak singgung dia, beza tak? 

“Sebab kita dalam politik ini apatah lagi guna nama Islam, perlu ada kaedahnya. Saya tak setuju dengan mereka tetapi adakah lawan ini kena caci maki, cerca orang setiap hari? Kemudian sambut pula dengan ‘Allahuakhbar’.

“Jadi keadaannya bagi saya dah rosak sedangkan dakwah menyeru kepada kebaikan. Seruan dakwah ini mestilah dengan hikmah,” katanya pada Taaruf Perpaduan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Jitra di sini, hari ini. 

Perdana Menteri turut mempersoalkan sama ada gaya tersebut adalah contoh yang mahu ditunjukkan kepada anak muda di negara ini.

“Kita nak tunjuk contoh ini kepada anak muda? Sepatutnya teranglah apa nak dibuat dan apa yang dah dibuat kerana Kedah ini merupakan negeri miskin,” katanya. 

Mengulas lanjut kata Anwar, kerajaan negeri Kedah tidak seharusnya dipimpin oleh individu yang sekadar memaki dan menjerit sebaliknya dipimpin mereka yang tahu bekerja serta boleh berunding dengan Kerajaan Persekutuan. 

Katanya, rakyat perlu menyokong kerajaan yang boleh memberi sumbangan kerja daripada mereka yang hanya tahu bersyarah kerana setiap pihak memiliki dasar tertentu yang perlu dilaksanakan serta dijaga. 

“Dia dakwa Anwar tak mahu jumpa sedangkan dia dah tulis dua surat. Hang tulis 20 surat pun, aku tak mahu jumpa kerana kalau orang hormat kita, kita hormat dia balik.

“Kenapa Perlis dan Kelantan saya beri termasuk tebatan banjir malah di Terengganu juga kita lulus segera RM200 juta untuk Tasik Kenyir yang runtuh setelah Menteri Besar cakap secara baik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN