Polis siasat video tular pemuda dikasari sekumpulan lelaki 

Polis siasat video tular pemuda dikasari sekumpulan lelaki 

KERATAN video tular seorang pemuda dikasari sekumpulan lelaki dipercayai anggota polis di hadapan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pantai Timur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu siasatan sedang dijalankan berhubung video membabitkan seorang pemuda dikasari sekumpulan lelaki dipercayai anggota polis di hadapan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pantai Timur, yang tular di media sosial, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mungkin terdapat provokasi yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

“Saya sahkan insiden itu berlaku di sebuah IPD di Pantai Timur dan kita masih jalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Mungkin ada provokasi berlaku sebelum kejadian berkenaan dirakam,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, di sini hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bermotosikal memakai bendera Pas di belakang badannya dikasari anggota polis di hadapan sebuah IPD di Pantai Timur tular di media sosial, hari ini.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu memaparkan lelaki terbabit ditarik dari motosikalnya dan dipukul anggota polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN