Polis siasat kereta brek mengejut menyebakan motosikal jatuh

Polis siasat kereta brek mengejut sebabkan motosikal jatuh

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu siasatan dijalankan pihak polis berhubung tindakan pemandu kereta yang berhenti mengejut sehingga menyebabkan sebuah motosikal merempuhnya di Jalan Syed Putra, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 9.19 pagi itu melibatkan  dua kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa suspek seorang lelaki tempatan yang memandu di lorong pertama manakala mangsa seorang lelaki tempatan menunggang di lorong kedua.

“Kedua-dua mereka bergerak dari arah Pusat Bandar Kuala Lumpur menghala ke Mid Valley. 

“Semasa di lokasi kejadian, suspek telah memandu secara melulu serta merbahaya dengan mengubah haluan ke lorong kedua dan membrek secara mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sarifuddin, mangsa yang gagal mengawal motosikalnya telah melanggar belakang kereta terbabit sebelum terjatuh.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen  42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Sebelum ini , tular satu video papan pemuka di media sosial yang memaparkan sebuah kereta memberhentikan kenderaannya secara mengejut di hadapan penunggang motosikal.

Turut dipaparkan,penunggang motosikal bertindak mengangkat tangan menunjuk ke arah kereta tersebut sebelum kemalangan berlaku.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN