Polis perketat kawalan di pejabat SPR, parti bertanding PRN elak kekacauan 

Polis perketat kawalan di pejabat SPR, parti bertanding PRN elak kekacauan 

MOHD. Shuhaily Mohd .Zin dalam sidang akbar berkaitan kawalan keselamatan pilihan raya negeri (PRN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis memperketat kawalan keselamatan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya dan beberapa lokasi di ibu kota yang menempatkan ibu pejabat parti politik bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN), esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata,  biarpun Kuala Lumpur tidak terlibat dalam PRN kali ini, ia akan menjadi tumpuan penyokong parti politik yang bertanding.

“Kuala Lumpur dijangka menjadi tumpuan parti-parti politik untuk mengadakan perjumpaan selain  penyokong parti negeri bersempadanan untuk mengadakan perhimpunan atau perarakan.

“Keputusan PRN ini akan dibuat Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, oleh itu kawalan keselamatan akan digerakkan bagi mengelakkan sebarang kekacauan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tegas beliau, polis sentiasa melakukan pemantauan dan melaksanakan risikan keselamatan bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang ancaman.

“Pengawasan akan dibuat sepanjang tempoh PRN berlangsung dan pengumuman keputusan undian bagi mengelakkan sebarang  himpunan atau perarakan dilakukan pihak tertentu.

“Sekatan Jalan Raya (SJR) akan dijalankan di kawasan yang dikenal pasti bagi menghentikan apa-apa perancangan perarakan atau berkaitan ancaman keselamatan di Kuala Lumpur,” katanya.

Kata beliau, pasukan Op Cantas Ibu IPK Kuala Lumpur diletakkan dalam keadaan siap siaga dan terus digerakkan sekiranya terdapat keperluan bagi mematahkan sebarang perancangan menimbulkan kekacauan.

“Semua parti yang bertanding dinasihatkan agar sentiasa memastikan keharmonian dan tidak meraikan kemenangan di tempat awam sebaliknya aktiviti tersebut dijalankan di premis tertutup atau premis parti.

“Tiada kompromi terhadap mana-mana pelanggaran undang-undang yang dikesan serta tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengingkarinya,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya