JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) digesa untuk bertolak ansur dan menunjukkan semangat kerjasama dengan menyerahkan satu kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk ditandingi calon dari Barisan Nasional (BN). Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad berkata, tindakan sedemikian akan membuktikan bahawa kerjasama politik antara PH dan BN bukan kerana kuasa dan jawatan semata-mata. Menurut beliau, PH boleh menyerahkan salah satu antara kerusi Parlimen Pulai atau Dewan Undangan Negeri…