Peruntukan bantuan penyelenggaraan pastikan bangunan sekolah selamat, kondusif  - Utusan Malaysia

Peruntukan bantuan penyelenggaraan pastikan bangunan sekolah selamat, kondusif 

LIM Hui Ying mengadakan lawatan sekitar SJKC Forest Heights sempena lawatan beliau ke Negeri Sembilan hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Peruntukan bantuan penyelenggaraan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) bertujuan memastikan bangunan sekolah selamat serta mewujudkan bangunan sekolah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, beliau diberi amanah dan tanggungjawab untuk memantau dan memastikan segala usaha kementerian dapat disampaikan ke akar umbi yang boleh memanfaatkan semua warga sekolah.

“Sumbangan bantuan penyelenggaraan daripada KPM adalah untuk memastikan bangunan sekolah, peralatan sekolah dan persekitarannya sentiasa selamat, selesa, bersih dan ceria serta mewujudkan iklim fizikal sekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

“Ini boleh meningkatkan motivasi warga sekolah bagi mencapai kecemerlangan dalam semua aspek
 kurikulum dan kokurikulum,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Forest Heights hari ini.0

Jelasnya, KPM sentiasa komited terhadap isu yang berlaku di sekolah termasuk isu penyelenggaraan infrastruktur yang secara langsung memberi kesan terhadap keselamatan dan keselesaan murid dan guru.

“Di Negeri Sembilan, sebanyak 45 daripada 47 buah sekolah SJKC dan 39 daripada 46 buah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) jenis bantuan kerajaan telah menerima peruntukan penyelenggaraan untuk tahun ini,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Hui Ying turut menjelaskan, kini terdapat 173 murid di SJKC Forest Heights selepas dipindahkan dari SJKC Ulu Kanchong.

“Setelah 86 tahun ladang Ulu Kanchong semakin kekurangan penduduk dan sekolah telah dipindahkan ke sini yang dikenali SJKC Forest Heights dengan pertambahan lapan murid sehingga 173 murid tahun ini.

“Saya difahamkan, dijangka tahun depan akan meningkat menjadi 222 murid dan dalam masa empat tahun lagi meningkat menjadi 350 orang murid. Ini merupakan salah satu daripada jalan penyelesaian untuk berpindah ke sekolah yang berada di kawasan yang kian padat,” katanya.

Terdahulu, Hui Ying turut melawat sekitar SJKC Forest Heights yang mempunyai masalah cerun di sekolah terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya