Penuntut ditumbuk angkara enggan nyalakan lampu motosikal 

Penuntut ditumbuk angkara enggan nyalakan lampu motosikal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak menumbuk penunggang motosikal gara-gara tidak berpuas hati individu itu enggan menerima teguran untuk menyalakan lampu motosikal di Jalan Simpang Taman Kelab Ukay Bukit Antarabangsa, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, mangsa yang juga penuntut institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun dikatakan menunggang motosikal hendak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, suspek berusia 20 tahun yang turut menunggang motosikal dari arah bertentangan memarahi mangsa kerana tidak menyalakan lampu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, selepas itu berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan lelaki terbabit seterusnya suspek bertindak menumbuk muka dan pada mata di sebelah kiri.

Katanya, suspek kemudian sekali lagi menumbuk mata sebelah kanan mangsa yang mengakibatkan cermin mata pengadu pecah dan mengalami kecederaan luka calar di bahagian mata sebelah kanan.

“Punca pertengkaran sehingga mangsa dipukul adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadapnya yang enggan menerima teguran tidak menyalakan lampu motosikal menyebabkan kerugian RM600.

“Hasil laporan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan minor iaitu sakit di bahagian muka dan luka calar di bahagian atas mata kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, susulan  itu, polis menahan suspek di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada  11.30 pagi semalam.

“Reman terhadap suspek dibenarkan empat hari bermula hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN