KUALA TERENGGANU: Kebanyakan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini terpaksa ‘mengikat perut’ kerana pendapatan mereka tidak cukup menampung perbelanjaan keluarga pada setiap bulan. Malah terdapat dalam kalangan guru KAFA terbabit melakukan pekerjaan sampingan lain untuk menyara keluarga. Seorang guru KAFA yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 31, berkata, pada masa ini, tenaga pengajar KAFA di negeri ini sekadar dibayar elaun antara RM700 sehingga RM1,000 sebulan sahaja.…










