PETALING JAYA : Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 28 tahun itu dipercayai lemas ketika beriadah di lokasi tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 7.54 pagi.
“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 8.01 pagi.
“Usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan di lokasi kejadian dengan bantuan Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang di sekitar lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata beliau, mangsa kemudiannya ditemukan kira-kira pukul 1.21 tengah hari tadi di dasar sungai.
“Mayat lelaki berkenaan ditemukan anggaran 30 meter jarak dari lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. –UTUSAN










