Pelajar boleh terus ke sekolah tanpa pakaian seragam - KPM - Utusan Malaysia

Pelajar boleh terus ke sekolah tanpa pakaian seragam – KPM

FADHLINA Sidek berswafoto bersama pelajar yang menyertai Program Pembinaan Karekter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Datuk Haji Ahmad Salleh, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar untuk terus hadir ke sekolah tanpa memakai pakaian seragam biarpun cuaca di seluruh negara kini semakin baik.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tolak ansur itu memudahkan kanak-kanak untuk ke sekolah dan mendapat pendidikan sewajarnya.

Katanya dalam nada berseloroh, kanak-kanak boleh terus menghadiri sesi persekolahan asalkan perpakaian lengkap.

“Pergi saja ke sekolah, apa yang paling penting, pakai baju (berpakaian kemas),” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian akan mengimplementasikan semula pakaian seragam di sekolah dalam masa terdekat susulan cuaca yang semakin baik.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Pembinaan Karekter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Datuk Haji Ahmad Salleh, di sini hari ini.

Seramai 700 pelajar lepas menengah menghadiri program itu yang bertujuan memupuk karekter bangsa Malaysia berteraskan patriotisme, kepimpinan dan tanggungjawab sosial.

Pada 3 Mei lalu, KPM membenarkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ekoran cuaca panas.

Kebenaran khas itu bertujuan mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya