Pavilion operasi bulan depan, Plaza Niaga Padang Besar Disember - Utusan Malaysia

Pavilion operasi bulan depan, Plaza Niaga Padang Besar Disember

PAVILION Padang Besar menempatkan 110 lot kedai yang dibina dengan konsep terbuka untuk keselesaan pengunjung di Padang Besar, Perlis dijangka beroperasi bulan depan- UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kompleks Pavilion di sini yang menempatkan 110 lot niaga bakal beroperasi bulan depan, manakala Plaza Niaga Padang Besar pula selewat-lewatnya Disember ini.

Pembukaan dua kompleks berkenaan sekali gus bakal merancakkan lagi kehadiran pengunjung dari seluruh negara khususnya menjelang Tahun Melawat Perlis 2024/2025.

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Sempadan negeri, Izizam Ibrahim berkata, kewujudan dua buah kompleks baharu itu yang terletak di kawasan tumpuan beli-belah di Padang Besar tersebut sangat-sangat dinantikan.

Katanya, ruang niaga di kompleks niaga berkenaan telah disewa sepenuhnya oleh peniaga bagi merancakkan lagi perniagaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand itu.

“Plaza Niaga adalah milikan penuh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan kesemua peniaga yang menyewa kira-kira 80 lot kedai adalah terdiri orang tempatan.

“Buat masa ini, hanya tinggal kerja-kerja kemasan akhir dan mungkin sedikit lagi kerja penambahbaikan akan dilakukan. Kita jangka ia akan dapat dibuka sebelum tahun hadapan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Plaza Niaga di sini semalam.

Tambah Izizam, kompleks dua tingkat berkenaan akan menempatkan lot-lot kedai makan atau medan selera di tingkat atas dan jualan barangan di tingkat bawah.

Beliau memberitahu, bagi kompleks perniagaan Pavilion Padang Besar pula, terdapat sedikit lagi penambahbaikan akan dilakukan sebelum ia dibuka dan beroperasi sepenuhnya.

“Pavilion Padang Besar adalah merupakan bangunan milik persendirian serta dibina berkonsepkan lot kedai terbuka dengan ruang yang lebih lapang untuk keselesaan pengunjung.

“Saya difahamkan di kawasan ini telah disewa sepenuhnya oleh peniaga dan ia menempatkan gerai makanan serta minuman selain pelbagai jenis produk yang menarik,” jelasnya.

Dalam pada itu, jurucakap Pavilion Padang Besar memaklumkan kompleks perniagaan itu dijadualkan dibuka pada September ini.

“Lebih menarik ia akan menjadi kompleks perniagaan pertama beroperasi sehingga waktu malam di Padang Besar,” kata jurucakap itu.=UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya