Pas sukar sapu bersih DUN Kelantan - Utusan Malaysia

Pas sukar sapu bersih DUN Kelantan

SELEPAS tamat minggu pertama kempen PRN, kedudukan Pas di beberapa kawasan DUN Kelantan mulai goyah ketika ini sekali gus memberi peluang kepada BN-PH untuk menang. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

SETIAP kali ceramah peringkat Parlimen, kawasan atau kelompok, Pas Kelantan secara terbuka melaungkan keyakinan mampu menang di semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Keyakinan berkobar-kobar itu dipandu oleh keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan Pas menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun ‘mood’ PRN kali ini berbeza apabila Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini bermusuh dengan Pakatan Harapan (PH) sudah mula duduk berpakat dan membentuk kerjasama menerusi Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Pas dan BN bersama gabungan PH akan kembali berlaku sebagaimana pilihan raya terdahulu.

Berpandukan kepada situa­si terkini, beberapa kerusi Pas yang sebelum ini putih bertukar menjadi kelabu kesan daripada ‘gelombang’ kerjasama BN-PH. Selain itu tindakan berani BN-PH ‘merehatkan’ pemimpin utama mereka untuk tidak bertanding menambahkan ‘se­ngat’ kepada jalinan kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Antara kerusi Pas yang dipertahan dengan majoriti bawah 1,000 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ialah Apam Putra (348), Wakaf Bharu (387), Dabong (589), Semerak (632), Melor (647) dan Kemahang (923). Ia menjadikan kawasan itu sudah tidak selamat buat Pas jika mengambil kira undi BN dan PH pada PRU14 dan PRU15 dicampur sekali.

Menambahkan lagi ‘kegusaran’ Pas apabila BN-PH mengemukakan 34 tawaran ‘emas’ kepada rakyat Kelantan yang mencakupi empat teras utama, iaitu Syiar Islam, Ekonomi, Pendidikan, Wanita dan Orang Muda serta Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara yang bertemakan Perpaduan Demi Kesta­bilan dan Kemakmuran.

Mengambil kira kerjasama dan tawaran BN-PH itu, hasil tinjauan mendapati, beberapa DUN milik Pas dilihat berada dalam keadaan tidak selamat iaitu Kota Lama, Jelawat, Salor, Selising, Kemuning, Gual Periok, Demit, Tanjong Mas, Tendong dan Chetok.

Angin perubahan itu susulan beberapa isu yang melanda Pas ketika ini seperti berakhirnya legasi Tok Guru selepas nama Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tercicir sebagai calon PRN.

Lapan kerusi yang sebelum ini berada dalam momentum terbaik untuk dikekalkan susulan pengisytiharan keluar beramai-ramai pemimpin tertinggi UMNO di Bahagian Ketereh pada Jumaat lalu.

Namun BN masih lagi berpeluang mengekalkan kerusi itu apabila menampilkan anak tempatan sebagai calon sementara Pas menerusi calon daripada Bersatu membawa masuk tenaga ‘import’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya