OP PRN: 327 laporan dalam enam hari

OP PRN: 327 laporan dalam enam hari

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 372 laporan dalam Op Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sejak 27 Julai lalu hingga semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, 147 daripadanya adalah dari Kedah, empat dari Pulau Pinang, Selangor (133), Negeri Sembilan (25), Terengganu (58) dan lima lagi dari Kelantan.

“Setakat ini tangkapan membabitkan dua orang di Kedah manakala sejumlah 24 kertas siasatan dibuka. Lima daripadanya di Kedah, empat di Pulau Pinang, lapan di Selangor, Negeri Sembilan (dua), Kelantan (empat), dan Terengganu (satu).

“Berdasarkan statistik harian semalam, sebanyak 130 laporan polis diterima, 271 ceramah yang diadakan dengan kebenaran permit dan empat kertas siasatan dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 778 permit dikeluarkan bagi mengadakan ceramah dalam tempoh tersebut di enam negeri terbabit.

Dalam pada itu, kata Razarudin, pihaknya menerima laporan mengenai banner (kain rentang) yang ditemui kesan torehan dan disembur cat berwarna biru di bahagian muka gambar calon parti tersebut di Jening, Kedah, semalam.

Jelasnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (kesalahan mengembangkan kesalahan atau permusuhan) dan disiasat selanjutnya di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (kesalahan jenayah khianat.

Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,  katanya, 30 biji kerusi plastik berwarna putih di bawah khemah Pusat Daerah Mengundi, Bukit Gelugor disedari hilang disyaki dicuri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Kesalahan Mencuri). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya