Nama tidak tersenarai, Cakra Khan gagal mara ke AGT - Utusan Malaysia

Nama tidak tersenarai, Cakra Khan gagal mara ke AGT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Cakra Khan berlapang dada meskipun penyanyi tersebut gagal mara ke pusingan separuh akhir program pencarian bakat, America’s Got Talent 2023.

Perkembangan itu dikongsikan sendiri penyanyi Kekasih Bayangan itu menerusi satu hantaran pendek yang dikongsikan dalam akaun X miliknya.

“Lihat di Instagram AGT, nampaknya nama saya tidak masuk dalam senarai. Maaf ya,” tulisnya.

Namun begitu, Cakra tidak patah semangat sebaliknya menjadikan kenangan di pentas pencarian bakat terkenal dunia itu sebagai motivasi untuk dia mara ke depan.

“Mungkin saya harus melakukan lebih banyak latihan. Teruskan mara ke hadapan. Sekarang sama-sama kita beri sokongan kepada Putri Ariani,” tambahnya.

Cakra. sekitar Julai lalu memukau keempat-empat juri termasuk ketua juri AGT, Simon Cowell. Persembahan Cakra itu juga menerima reaksi positif penonton program tersebut.

Cakra menyanyikan lagu No Woman No Cry yang dipopularkan Bob Marley menggantikan lagu Make It Rain yang dinyanyikanya sebelum dihentikan Simon di tengah persembahan.

Turut berentap dalam program yang sama ialah Puteri Ariani yang mendapat ‘golden buzzer’ daripada Cowell.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN