Manifesto Kerajaan Perpaduan pacu Pulau Pinang lebih gemilang

Manifesto Kerajaan Perpaduan pacu Pulau Pinang lebih gemilang – Kon Yeow

PEMIMPIN Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang daripada PH dan BN bersama-sama melancarkan manifesto pilihan raya negeri di Butterworth, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Manifesto Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang akan memperkasakan lagi negeri itu ke arah yang lebih gemilang dengan memastikan rakyatnya terus hidup dalam suasana aman dan harmoni serta berlandaskan kehidupan berkualiti.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, beliau komited untuk meneruskan segala usaha yang telah dimulakan sejak Pulau Pinang ditadbir Pakatan Harapan (PH) pada 2008.

Malah, jelas beliau, jika diberi mandat sekali lagi untuk menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri, kerajaan yang dipimpinnya akan mewakili nilai-nilai perpaduan bukan perpecahan; pembangunan bukan kemunduran; kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta tadbir urus yang baik.

“Saya juga komited untuk melipatgandakan lagi usaha supaya Pulau Pinang semakin maju yang mana rakyatnya dapat menikmati hasil yang melimpah ruah dari bumi bertuah ini sejajar dengan gagasan Visi Penang2030 yang dicetuskan oleh saya sendiri iaitu ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam Selasa lalu.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pelancaran manifesto PRN-15 itu juga merupakan sejarah penting bagi Pulau Pinang yang kini berganding bahu sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) demi memperjuangkan masa depan negeri dan negara ini.

Jelas beliau, pelancaran manifesto itu turut membuktikan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk telah meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

“Apa yang pasti, kita ingin membuktikan bahawa kita tidak pernah dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh rakyat Pulau Pinang kepada kita.

“Kita sedar dan yakin ikatan perpaduan ini bakal memberi segala kebaikan kepada rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan khasnya menerusi Manifesto Perpaduan 2023 Pulau Pinang yang dilancarkan ini.

“Justeru, mempertahankan Pulau Pinang adalah amat penting dalam memastikan visi kita bersama terus terpelihara dan diperjuangkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN