Mangsa bot terbalik meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mangsa bot terbalik meninggal dunia

KEADAAN bot dinaiki sembilan individu termasuk tujuh pelancong tempatan yang terbalik di Pantai Teluk Batik, Lumut semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang daripada dua mangsa lemas dalam kejadian bot terbalik di Teluk Batik semalam, meninggal dunia pagi tadi.

Nurulafiqah Abdullah Sani, 34, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.58 pagi ini di Hospital Seri Manjung (HSM).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata, suami mangsa, Mohammad Hafiz Johari, ketika berada di HSM telah dimaklumkan oleh doktor yang bertugas bahawa isterinya telah disahkan meninggal dunia.

“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar ini semalam melaporkan sembilan individu termasuk tujuh pelancong warga tempatan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Pantai Teluk Batik di sini pagi semalam.

Dua daripada mereka didapati lemas dan telah dibawa naik ke darat oleh orang awam.

Mangsa lelaki berusia 17 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) telah sedar dan dibawa ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 34 tahun diberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke HSM untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, bot rekreasi yang dinaiki dua sekeluarga bersama dua krew itu terbalik kira-kira sembilan meter dari pesisir pantai.

Kesemua mangsa juga dikatakan tidak memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot rekreasi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya