Logo, tema rasmi sambutan Hari Kebangsaan bukan tindakan konfrontasi Pemuda PN 

Logo, tema rasmi sambutan Hari Kebangsaan bukan tindakan konfrontasi Pemuda PN 

bersatu
 AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) menafikan tindakan parti itu menghasilkan logo dan tema rasmi sempena sambutan Hari Kebangsaan sebagai satu gerakan konfrontasi terhadap pentadbiran kerajaan semasa. 

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penghasilan logo dengan tema Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera itu sebagai satu alternatif untuk menyatukan rakyat dan dilihat signifikan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 pada tahun ini.

“Kita bukan buat sebagai satu tindakan konfrontasi kepada kerajaan. Bagaimanapun kita lihat kerajaan juga telah mula gunakan kesempatan-kesempatan yang sepatutnya dirai bersama rakyat demi kepentingan politik. 

“Contohnya, penggunaan istilah Malaysia Madani itu sesuatu yang baik, tetapi diambil kesempatan sebagai mileage politik. Kita bukan tak iktiraf kerajaan Perpaduan atau Madani. Tetapi tak nak terperangkap dalam retorik politik seperti itu. 

“Contoh lain, apabila berlakunya kempen pilihan raya, Perdana Menteri menggunakan aset-aset kerajaan masuk ke sekolah dan sebagainya. Ini bukan contoh pentadbiran kerajaan yang baik,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan Peringkat Pemuda PN di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini. 

Ahmad Fadhli berkata, tindakan itu juga untuk menyatakan kepada kerajaan bahawa seandainya cara mereka masih sama, tindakan alternatif bersama rakyat akan dilakukan.

“Kalau itu yang dilaksanakan, maka kami akan lakukan tindakan alternatif menyatukan rakyat di bawah satu payung, muafakat untuk menyatakan bantahan kepada apa yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

“Saya yakin rakyat juga akan memahami langkah-langkah seperti ini termasuk langkah lain selepas ini sudah tentu akan menjadi satu cerminan kepada PN untuk menjadi kerajaan.

“Cerminan juga telah dizahirkan oleh keputusan pilihan raya negeri lepas bahawa rakyat menerima langkah politik dari PN. Walau ada tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada PN, rasanya rakyat sudah cukup cerdik untuk buat penilaian,”katanya. 

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kata putus Pas berhubung calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, beliau enggan mengulas terperinci.

Katanya, perkara itu sudah dibincangkan oleh ahli-ahli namun menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan oleh kepemimpinan tertinggi PN.

“Kita telah memutuskan calon-calon yang akan bertanding mewakili Pas, Bersatu dan Gerakan tetapi biarlah kenyataan rasmi dibuat oleh kepemimpinan tertinggi nanti dalam masa terdekat sebelum penamaan calon. 

“Kita juga telah menerima laporan post mortem dan analisis awal dari PRN baru-baru ini dan Insya-Allah, Pas telah membentuk jawatankuasa untuk meneliti dan buat analisis berkenaan peluang untuk kita mara. 

“Kita juga menghormati keluarga mangsa-mangsa tragedi nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Justeru kita tak buat pengumuman lagi,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya