Lepas dapat Datuk, Fauziah Nawi kejar gelaran doktor falsafah - Utusan Malaysia

Lepas dapat Datuk, Fauziah Nawi kejar gelaran doktor falsafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usia tidak pernah menjadi penghalang buat seniwati, Datuk Fauziah Nawi menyambung hasrat mendapatkan gelaran Doktor Falsafah.

Selepas menerima ijazah sarjana daripada Open University Malaysia serta diploma dalam bidang lakonan daripada Meatech Creative Academy, kini Fauziah mengintai pusat pengajian yang sesuai untuk merealisasikan hasratnya itu.

Bagi Fauziah, 70, perasaan menyarung jubah dan topi semasa majlis graduasi jauh lebih indah dan menggembirakan berbanding membawa pulang mana-mana trofi anugerah kemenangan.

“Nasib saya baik sebab kawan-kawan ramai yang bantu. Anak saya yang sudah memperoleh ijazah daripada pusat pengajian di United Kingdom sanggup ambil kelas diploma yang sama demi memberi sokongan kepada saya untuk belajar.

“Bila naik atas pentas dan pakai topi semasa majlis graduasi, saya rasa seronok sangat. Lebih gembira daripada dapat anugerah. Lebih-lebih lagi saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik,” katanya.

Fauziah ditemui pada sidang akhbar memorandom perjanjian antara Metrowealth International Group (MIG) dan Meatech Creative Academy di Wisma Metrowealth semalam.

Pemegang Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 itu tidak menafikan sejak menggenggam sijil kelayakan, bayaran dan layanan yang diberikan kepadanya lebih baik berbanding dahulu.

“Sebelum ini, bila tiada sijil atau kelayakan, orang hanya berikan token sebagai bayaran.

“Penting rupanya kelayakan apalagi jika kita berurusan dengan kerajaan. Kadang universiti pun ada panggil. Mereka bayar harga lain sesuai dengan taraf pendidikan kita.

“Untuk saya kelayakan banyak membantu. Jika orang tak panggil saya berlakon, saya akan mengajar. Contohnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengajar dalam talian. Bayaran tidaklah banyak mana, namun cukuplah hidup,” tambahnya lagi.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.