Lelaki ganggu jurufoto wanita bakal dituduh jenayah menghendap

Lelaki ganggu jurufoto wanita bakal dituduh jenayah menghendap

MOHAMAD FAKHRUDDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Seorang lelaki didakwa menganggu jurugambar wanita sejak lapan tahun lalu akan menjadi individu pertama bakal dituduh di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 507A baharu, sesiapa yang berulang kali melakukan sebarang tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa berkemungkinan menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada seseorang mengenai keselamatannya, boleh disabitkan melakukan kesalahan menghendap.

Mana-mana individu yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara maksimum hingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, proses mendaftarkan pertuduhan tersebut sedang dilakukan di Mahkamah Shah Alam.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang mana pertama kali diguna pakai.

“Kemungkinan akan dibawa ke mahkamah Shah Alam esok atau lusa untuk dituduh,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Terdahulu, lelaki berusia 37 tahun yang dikatakan mengganggu jurugambar wanita hingga tular dalam media sosial ditahan di wad di bawah Jabatan Neurologi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan mendapati, lelaki warga tempatan berusia 37 tahun yang menetap di Shah Alam itu sering menggunakan akaun Instagram dan Twitter untuk berhubung dengan mangsa.

Dia dipercayai memberikan komen-komen cinta dan menghantar pesanan berbentuk lucah sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa.

Sebelum ini, wanita dikenali Acacia Diana sebelum mendedahkan dirinya yang hidup dalam ketakutan selama lapan tahun gara-gara diganggu seorang lelaki di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN