LBS beri ganjaran istimewa kepada pembeli melalui 'LBS Perks and Plusses'

LBS beri ganjaran istimewa kepada pembeli melalui ‘LBS Perks and Plusses’

LIM Hock San (kanan) ketika pelancaran majlis 'LBS Perks and Plusses' di Galeri Jualan KITA@Cybersouth di Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pemaju perumahan terkenal LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan inisiatif baharu iaitu ‘LBS Perks and Plusses’ bagi memberikan faedah, kemudahan dan ganjaran terbaik kepada pembeli hartanahnya.

Melalui program ini, ganjaran diberikan kepada pembelian awal dengan menekankan konsep penghargaan kepada setiap pelanggan di dalam proses pemilikan rumah mereka.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata, pihaknya memahami kepentingan kesetiaan pelanggan di samping dedikasi syarikat untuk mencapai kecemerlangan dengan mencipta ruang kediaman luar biasa sambil meningkatkan gaya hidup.

“Dengan ‘LBS Perks and Plusses’ kami berusaha mengukuhkan hubungan dengan pembeli rumah melalui tawaran pelbagai kelebihan eksklusif dan insentif yang unik.

“LBS beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tiada bandingannya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ‘LBS Perks and Plusses’ di Galeri Jualan KITA@Cybersouth di sini, hari ini.

LIM HOCK SAN

LBS juga berpeluang bekerjasama dengan 26 rakan kongsi ternama yang menawarkan variasi produk dan perkhidmatan antaranya syarikat Acson, Brynton Hotel, Bright Empire Hotpot, Blanc Dental, Coway, Columbia Asia Hospital, D’Marina Marketing, Decathlon, Everybody Electrical, Gintell, Goodnite International, Hypergear.

Menurut Hock San, para peserta program ini juga memperoleh pelbagai keistimewaan lain, program rujukan, rebat tunai untuk pembelian rumah kedua, keutamaan akses kepada pelancaran projek baharu, penyenaraian hartanah eksklusif serta jemputan ke acara-acara berkaitan.

Selain itu, pembeli rumah juga berpeluang menyertai kempen LBS Fabulous Extra 2022-23, dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM1.5 juta.

“Keahlian ‘LBS Perks and Plusses’ merupakan pelengkap kepada mana-mana pembeli individu atau korporat yang telah membeli hartanah LBS dan anak-anak syarikatnya dengan harga pembelian minimum RM150,000,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya