KPN pantau penugasan Op Cantas tele sidang di bilik kawalan

KPN pantau penugasan Op Cantas melalui tele sidang di bilik kawalan

RAZARUDIN Husain melakukan pemantauan penugasan Op Cantas melalui tele sidang di beberapa lokasi pembuangan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di pusat kawalan Op Cantas, Bukit Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain melakukan pemantauan penugasan Op Cantas melalui tele sidang di beberapa lokasi pembuangan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di pusat kawalan Op Cantas, Bukit Aman.

Untuk rekod, setiap insiden tidak diingini sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) sehingga hari mengundi akan diambil tindakan pantas melalui maklumat yang disalurkan terus ke bilik gerakan ini.

Kontinjen polis di enam negeri terbabit PRN akan menyalurkan maklumat pemantuan di lapangan serta visual dari rakaman dron secara ‘real time’ atau masa sebenar.

Untuk rekod, bilik gerakan ini mempunyai rangkaian hubungan terus dengan enam kontinjen polis negeri iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.

Setiap laporan dan maklumat insiden akan disalurkan terus ke Op Room Cantas ini untuk diambil tindakan sewajarnya.

Op Room Cantas ini juga menerima visual dron yang diterbangkan Unit Dron PDRM untuk memantau perjalanan PRN di enam negeri itu.

Dron milik Unit Dron PDRM akan diterbangkan untuk tugas pemantauan di enam negeri yang mengadakan PRN dan visual yang diperolehi akan terus disalurkan ke Op Room Cantas.

Visual pemantauan oleh dron itu bukan sahaja disalurkan secara ‘real time’, malah sekiranya ada sebarang insiden berlaku, ia akan direkodkan sebelum tindakan sewajarnya diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN