KPKT teliti projek sakit Rumah Selangorku di Morib - Utusan Malaysia

KPKT teliti projek sakit Rumah Selangorku di Morib

KPKT
AKMAL NASRULLAH MOHD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti projek Rumah Selangorku di Morib, Kuala Langat yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu bagi merangka langkah penyelesaiannya.

Timbalan menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kementeriannya menerima makluman berhubung isu tersebut daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Kami memantau projek ini secara keseluruhan, iaitu dari segi siapa syarikat pemaju mana yang buat projek itu, bagaimana perkembangan projek itu dan lain-lain lagi.

“Kami akan ambil langkah intervensi bagi menyelesaikan masalah ini untuk pastikan projek ini siap,” katanya semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kebengkalaian projek Rumah Selangorku itu menyebabkan kira-kira 500 pembeli merasa kecewa dengan situasi ini, bagaimanapun Amirudin menjelaskan kerajaan negeri dan KPKT kini bekerjasama untuk memastikan projek berkenaan siap.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah turut memaklumkan pembatalan tiga buah projek perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dikategorikan sebagai sakit melibatkan Perumahan Makmur Karak Setia, Residensi Lanar Seremban dan Taman Nusa Idaman Fasa 1& 2, Kuala Ping.

Menurut beliau projek tersebut dikategorikan sebagai sakit akibat kekurangan pembeli.

“Tiga projek ini pembelinya tak sampai 50 orang pun, iaitu kurang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan unit rumah yang dirancang untuk dibina sebanyak 766 buah unit. Kesemua projek ini semasa keputusan dibuat ini baru dalam peringkat kerja tanah,” jelasnya

Katanya lagi, SPNB sedang melakukan perbincangan dengan kesemua pembeli tiga projek berkenaan bagi mendapatkan jalan penyelesaian berhubung isu ini.

Dengan pembatalan tiga projek itu, syarikat itu kini fokus untuk menyelesaikan tujuh buah projek sakit lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya