Kontijen Pengakap Malaysia selamat di Korea - Wisma Putra

Kontijen Pengakap Malaysia selamat di Korea – Wisma Putra

KONTIJEN Pengakap Malaysia yang menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-25 bermula 1 hingga 12 Ogos di Korea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kontijen Pengakap Malaysia yang menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-25 bermula 1 hingga 12 Ogos berada dalam keadaan selamat susulan cuaca panas yang agak melampau di Saemangeum, Republik Korea.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, kontijen berkenaan melibatkan seramai 499 ahli terdiri daripada pengakap, guru pengiring dan pasukan sokongan.

“Menurut laporan awal, empat daripada kontijen Malaysia mengalami masalah kesihatan seperti pening kepala, demam serta ruam. Kesemua mereka dilaporkan mendapat rawatan sewajarnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Seoul akan terus berhubung dengan wakil kontijen Malaysia dan pihak penganjur untuk mendapatkan perkembangan semasa berhubung perkara tersebut.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul beralamat di 129, Dokseodang-ro (Hannam-dong) Yongsan-gu, Seoul, 04419.

“Orang ramai juga boleh menghubungi di talian +8222077-8600 atau email di [email protected],” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya