IPOH: Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan bagi memperbaiki dan menyelenggara perumahan polis menerusi Belanjawan 2024 yang dibentang Oktober ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini, sekitar 40 ke 60 peratus perumahan polis di seluruh negara selamat diduduki manakala selebihnya berada dalam keadaan uzur. “Perumahan polis ini saya tidak perlu tanya elok atau tidak, memang saya tahu (keadaannya) tidak diselenggara (sama ada) rumah tentera atau polis. “Insya-Allah, dalam…










